PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH KPM NEGERI PERAK MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2016

DITULIS OLEH SUHANA MOHD ALIAS.
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah KPM Negeri Perak.
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH KPM NEGERI PERAK MENGGUNAKAN  SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2016
Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas dan surat bernombor rujukan KP(BTP-PPSB)8817/3/4/ Jld.3(25) bertarikh 27 Mei 2016 adalah berkaitan.
2.         Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta melaksanakan penarafan pembestarian menggunakan SSQS secara dalam talian oleh semua responden mengikut kategori sekolah YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bermula 15 Julai 2016 hingga 30 Ogos 2016 bagi peringkat Negeri Perak.
3.         Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dipertanggungjawabkan untuk mengurusetiakan pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan SSQS. Sila layari pautan online http://btpnperak.moe.gov.my/ssqs/
4.         Kerjasama dan tindakan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dihargai serta diucapkan dengan jutaan terima kasih. Makluman lanjut berhubung perkara ini boleh dipohon dari Pegawai Teknologi Pendidikan PKG bagi kelompok masing-masing atauEn, Sharuddin Bin Yusof, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak di talian 05-2924933/955 samb 116.
Sekian.
 Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

LAMPIRAN SURAT