Kami anggota BTP dan PKG Negeri Perak berikrar
dengan penuh iltizam melaksanakan dengan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk
memenuhi hasrat berikut :
1.
Memberi perkhidmatan yang sempurna,
kemaskini, berkualiti, cekap, bersih dan amanah sepanjang masa.
2.
Menyebarkan dan memperkembangkan
program pendidikan berasaskan media dan teknologi dalam pendidikan dengan cepat
dan penuh kesungguhan.
3.
Bersedia menunaikan permohonan dalam bentuk
nasihat dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dalam tempoh satu (1)
minggu permohonan diterima.
4.
Bersedia melaksanakan permohonan
membuat rakam salin bahan audio dan video yang berkaitan dengan alam pendidikan
dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima bahan dari pelanggan.
5.
Mengedar sebarang maklumat berkaitan
dengan siaran pendidikan, bahan-bahan bercetak dan bahan lain yang berkaitan
dengan BTP dan PKG Negeri Perak dalam tempoh satu (1) minggu selepas
penerimaannya.